Put your Html CODE HERE

Tun Dr Mahathir Bekas Pemimpin Kedua Terkaya Didunia Asset Bernilai US$ 44 billion

Tun Dr Mahathir Bekas Pemimpin Kedua Terkaya Didunia Asset Bernilai US$ 44 billion




























TUN DR MAHATHIR BEKAS PEMIMPIN KEDUA TERKAYA DIDUNIA ASSET BERNILAI US$ 44 BILLION



Perkara yang paling aneh berlaku sehari yang lalu apabila nama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad telah dengan misterinya dipadam dari senarai Wikipedia yang memberi maklumat tentang harta yang dimiliki oleh pemimpin semasa dan bersara di negara-negara serata dunia.

Dengan menyebut 53 rujukan, Wikipedia telah menyenaraikan Mahathir sebagai bekas pemimpin negara yang kedua terkaya di dunia selepas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang memiliki sejumlah sekitar US $40 ke US$ 70 billion.




Walau bagaimanapun, laman Wikipedia yang masih boleh dilayari di Malaysia, nama Mahathir dengan misterinya telah dipadam pada hari Isnin 17 Disember 2012 beberapa minit selepas Malaysia Chronicle menyiarkan berita Mahathir now the world's second richest ex-leader with US$ 44 BILLION? (Mahathir sekarang bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta sejumlah US$ 44 Billion?)

(Sila rujuk pada versi bergambar laman web dimana nama Mahathir disenaraikan dengan jelas selepas Mubarak dan bandingkan ia dengan versi seperti di pautan

(http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_heads_of_state_and_government_by_net_worth.)

Harus diingatkan bahawa berita itu ditulis bukan berniat jahat tetapi berdasarkan dakwaan Wikipedia bahawa Mahathir memiliki sejumlah US$ 44 billion. Jika benarlah dakwaan ini, ia pasti ada implikasi buruk bagi Malaysia dan Mahathir kerana bagaimana seorang perdana menteri yang dipilih rakyat memperolehi begitu banyak kekayaan tanpa melibatkan diri dalam aktiviti yang korup.

Sama ada Mahathir benar-benar memiliki harta sejumlah US$ 44 billion atau tidak, tiada siapa yang tahu. Dan seperti namanya yang tiba-tiba hilang dari senarai Wikipedia, konvulsi kompleks yang perlu dirungkai untuk mengetahui sejauh mana kayanya Mahathir dan keluarganya akan memerlukan lebih dari gabungan penyiasat Hercule Poirot dan Miss Marple. Sekumpulan pasukan terdiri daripada akauntan, para audit, pakar kewangan dan perbankan akan diperlukan, tidak kurang daripada itu.



baru baru ini juga dunia telah mengiktiraf malaysia sebagai the first runner up 
dalam world champion of corruption atau naib johan negara paling rasuah dalam dunia!

persoalan kini mula timbul, berapakah harta Najib Razak dan Rosmah?



View the Original article
SILA KONGSI ARTIKEL INI SEKARANG :

Comments

Leave a Reply

i

IKUT KAMI DAN KAMI AKAN PING BLOG ANDA

My BloG ArChives

Powered by Blogger.