type='html'>Rakyat Malaysia yang layak mendapatkan BR1M merasa lega dengan tempoh dilanjutkan,masa dulu tak mahu daftar,masa dah nak tamat barulah tergesa-gesa,nasib baiklah Kerajaan prihatin masalah kelewatan ni,meh aku petik kat akhbar tempatan supaya yang melambat-lambat nak daftar dulu faham..
Permohonan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan dilanjutkan sehingga 15 Januari depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, lanjutan permohonan itu dibuat bagi membolehkan rakyat yang layak termasuk golongan bujang yang masih belum mengisi borang berkenaan mempunyai peluang mengemukakannya.
Beliau berkata, tempoh lanjutan itu juga perlu bagi membolehkan rakyat di kawasan pendalaman yang tercicir berpeluang sama-sama menikmati bantuan ini.
Menurutnya, sehingga kini proses pengumpulan data mereka yang layak telah dilaksanakan bagi membolehkan agihan dilakukan secara menyeluruh bermula awal Februari depan. - UTUSAN
View the Original article
SILA KONGSI ARTIKEL INI SEKARANG :
Gejala Samseng Parking Pasar borong Wakaf Che Yeh
12 years ago
Leave a Reply